WARISAN JAYA (WJ) adalah sebuah syarikat yang dimiliki 100% Bumiputera dan telah ditubuhkan pada Januari 2020. Sebelum penubuhan syarikat WARISAN JAYA (WJ), Pengurus syarikat bergiat aktif dalam bidang kontraktor dan pembinaan sehingga kini. Menyedari akan pembangunan pesat di dalam sektor pembinaan sekaligus menyahut seruan kerajaan maka dengan ini tertubuhlah WARISAN JAYA (WJ) sebagai syarikat kontraktor bumiputera yang berjaya.
WARISAN JAYA (WJ) bersedia memberi perkhidmatan yang merangkumi kerja-kerja Kontraktor AM, Binaan Bangunan, Berkaitan Jalan Raya, Perparitan dan Pemasangan Paip serta Kejuruteraan Awam dan Bangunan. Pihak syarikat berkeyakinan tinggi dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik di dalam sektor pembinaan sekiranya diberi peluang.